Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) ditubuhkan untuk menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT di dalam melahirkan usahawan yang berasaskan pengetahuan melalui pendidikan dan pelbagai program pembudayaan, pembangunan dan pengukuhan keusahawanan yang terancang dan holistik. Pusat ini juga menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan sebagai pusat perundingan, penyelidikan dalam bidang keusahawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Peristiwa penting Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC):
  • Sebelum 2010 – Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) dikenali dengan nama Unit Keusahawanan
  • 1/10/2010 – Unit Keusahawanan dijenamakan semula dengan nama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi
  • 1/1/2013 – Kemudian ditukar kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Alumni (CADE)
  • 1/3/2016 – Akhirnya ditukar kepada nama yang dikenali sehingga sekarang Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC)
PORTAL UMT