Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/ Salam Sejahtera,

 

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC). Semoga dengan adanya wajah baharu laman web ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang dapat digunakan oleh kakitangan akademik khususnya dan semua pengunjung amnya.

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) adalah pusat yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan keusahawanan dan kerjaya dan merupakan salah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang ditempatkan di bawah penstrukturan Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Secara ringkasnya, fungsi CEC adalah menyediakan ekosistem keusahawanan bagi membentuk dan melahirkan usahawan siswazah yang mempunyai pemikiran atribut dan nilai-nilai keusahawanan. Selain itu, meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek kerjaya dan membantu pelajar mencipta peluang pekerjaan selepas tamat belajar.

Di samping itu juga, CEC bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia dan memantau program-program kebolehpasaran graduan bagi melahirkan graduan UMT yang berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran kerja/industri.

Akhir kata, CEC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Universiti yang memberi kepercayaan kepada CEC untuk merancang dan melaksanakan hasrat dan halatuju keusahawanan dan kerjaya universiti, seiring dengan usaha menghasilkan produk keusahawanan dan kerjaya yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

#UMesTikerja

#UMTJobCreator  

 

 

Salam hormat,

Dr. Mohd Shaari bin Abd Rahman

Pengarah

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC)

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

 

 

PORTAL UMT