Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) merupakan satu unit di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Pusat ini ditubuhkan pada 1 Mac 2010 untuk menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT di dalam melahirkan usahawan yang berasaskan pengetahuan melalui pendidikan dan pelbagai program-program pembudayaan, pembangunan dan pengukuhan keusahawanan yang terancang dan holistik.  Pusat ini juga menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan sebagai pusat perundingan, penyelidikan dalam bidang keusahawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk melaksanakan tugas tersebut dengan lebih efektif dan berkesan utama , pusat ini mengandungi  dua (2) bahagian utama iaitu bahagian keusahawanan, dan bahagian koperasi manakala seksyen  pentadbiran  menjalankan  aktiviti pengurusan dan kewangan pusat ini.

 

PORTAL UMT